
Perlembagaan Malaysia meletakan DYMM Yang Di Pertuan Agung ditempat yang paling atas dalam hiraki Pemerintahan Negara.
Dibawah Baginda ada tiga badan iaitu Badan Kehakiman(Judiciary),Badan Perundangan(Legislatif) dan Badan Pemerintahan(Eksekutif).
Baginda juga adalah Penaung kepada Agama Islam di Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sabah dan Serawak.
Manakala di Negeri-negeri lain termasuk Negeri Kedah Pentadbiran Agama Islam terletak dibawah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan.
Baginda menjalankan pentadbiran Agama Islam melalui Majlis Ugama Islam(MAIK) yang membuat polisi untuk dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam(JAIK).
Perlantikan YDP MAIK adalah dengan perkenaan KDYMM Tuanku Sultan setelah namanya dicadangkan oleh ahli MAIK.Exco Agama adalah salah seorang yang menjadi ahli MAIK .
Inilah struktur Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah.
Pengedaran borang M4 tempohari adalah mengikut arahan yang termaktub dalam Seksyen 63 Pentadbiran Agama Islam Kedah pindaan 2007.
Datuk Bashah (sebagaimana yang dilapurkan oleh Sinar Harian)mempertikai pengedaran borang ini dan menghasut para imam agar tidak mengisi borang ini.Perbuatan Datuk Bashah ini adalah perbuatan derhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan.
Dalam sidang DUN tempohari, lantaran supaya perbuatan derhaka beliau terhadap KDYMM Tuanku Sultan tidak diketahui Dewan Undangan Negeri maka mereka membantah soalan no 3 Yb Mohd Nasir Mustaffa beramai-ramai termasuk Yb Pedu yang selama ini nampak lebih 'cerdik' dari ADUN lain.
Hari ini rakyat semua sudah tahu siapa yang sebenarnya derhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan.
No comments:
Post a Comment