Tuesday, May 11, 2010

UMNO BN MASIH GILA MEROYAN








Umno BN sudah terlalu tua.Mereka sudah uzur.Tiada lagi rakan-rakan seusia Umno BN yang masih memerintah dimana-mana Negara dalam dunia ini.Semuanya sudah menyembah bumi.

Umno yang menjadi teras BN masih bernasib baik kerana tahap kesedaran politik dikalangan orang Melayu sangat rendah.Banyak sebab mengapa orang Melayu yang bersikap begitu yang tidak perlu saya perjelaskan disini.

Umno sudah dimakan usia.Sudah lebih 50 tahun usianya.Manusia yang membawa genetik penyakit kronik seperti darah tinggi maupun kencing,sudah tentu diusia ini akan berbekal dengan berbagai jenis ubat untuk mengawal penyakitnya.


Umno Bn tidak terkecuali.Dia membawa genetik nasionalisma yang tidak diterima Islam.Islam mengharamkan semangat kebangsaan yang dianuti oleh Umno.

Segala jenis penyakit yang ada dalam Umno BN hari ini adalah manifestasi dari genetik(acuan) nasionalima yang ditolak Islam.

Pimpinan Umno tidak boleh menerima hakikat ini sebagaimana ada orang yang tidak boleh menerima hakikat yang dia ada darah tinggi.

Rakyat sudah mula menolak Umno BN.Gelombang penolakan rakyat terhadap Umno BN masih berterusan.Umno sedar dan tahu ini tetapi mereka tidak boleh menerima hakikat ini.

'Kemenangan' BN di Hulu Selangor tidak berjaya mengubati kekecewaan pimpinan Kerajaan.Mereka sedar mereka sebenarnya menang dalam kalah.

Hakikat yang sama berlaku kepada pimpinan Umno Kedah.Mereka tidak boleh menerima hakikat yang mereka tidak lagi memerintah.Mereka kini pembangkang.Mereka gila meroyan.

Mereka merancang untuk mengambil balik Kedah menggunakan formula yang sama dengan Perak.Mereka 'membeli' beberapa ADUN PR dan mereka masih berusaha sampai sekarang.

Mereka bermain saikologi rakyat marhain.Mereka bermain dengan gerakan saraf mengatakan Kerajaan Kedah akan jatuh pada bila-bila masa.Mereka sengaja mewujudkan suasana ini.Mereka kata ada lagi yang akan keluar PR.Mereka kata ADUN Paspun akan melompat.

Bacalah analisa ini.

Umno BN ada 14 kerusi.Kerusi katak ada 2.Dari jumlah itu Kota si Puteh sudah kosong dan ADUN MCA Gurun telah berkecuali dan tidak lagi menyokong mereka.Jadi jumlah kerusi yang mereka ada ialah 14+2-2 = 14.

Pas ada solid 16 kerusi,PKR ada 3 dan DAP ada 1.Jadi jumlah total kerusi PR ialah 16+3+1=20.

Bn ada 14,PR ada 20 kerusi.Kerusi ini akan kekal begitu.

Cukuplah Umno bermain dengan formula Negeri Perak.Rakyat makin benci dengan cara kamu.

Jadilah anak jantan dan kita sama-sama bertempur dimedan politik dalam PRU 13 nanti dan rakyat akan menjadi hakim dan kami akan akur dengan kehendak ini.

No comments:

Post a Comment