Tuesday, May 11, 2010

Datuk Bashah salah guna harta Kerajaan






Selalunya Kerajaan Pusat yang menyalahgunakan harta Kerajaan untuk tujuan parti politik,tetapi berlainan pula di Kedah kerana parti pembangkang yang berbuat demikian.

Umno Kedah yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Perhubunganya,Datuk Paduka Ahmad Bashah adalah satu parti yang tidak tahu malu dan tiada maruah.

Mereka masih berada ditahap 'denial stage' terhadap kekalahan mereka dalam PRU 12 yang lalu.Mereka memerlukan Pakar Saikiatri untuk mengubat penyakit mental ini.

Sigmund Freud seorang Pakar Saikologi menyebut "denial is a defense mechanism in which a person is faced with a fact that is too uncomfortable to accept and rejects it instead,insisting that is not true despite what may be overwhelming evidence".


Mungkin Datuk Bashah tidak faham apa yang Sigmund Freud nyatakan ini.

Sebab itu beliau merasakan beliau masih Exco dan masih memerintah Kerajaan Kedah.

Dizaman BN memerintakh Kedah segala harta Kerajaan Negeri seolah-olah menjadi milik Parti Umno yang mereka masih gunakan dengan sewenang-wenangnya sampai kehari ini.

Ini termasuk dewan orangramai di Blok D Taman Wira.Dewan itu terletak di kawasan lapang bersebelahan dengan KUIN.

Dewan ini adalah milik Kerajaan Negeri dan untuk kegunaan orangramai.

Datuk Bashah bukan sahaja tidak menyerahkan dewan itu kepada Kerajaan Negeri hari ini tetapi menggunakan dewan itu untuk kegiatan politik Parti Umno setelah beliau menukarkan papantanda 'dewan orangramai' kepada 'dewan umno'.

Dua malam yang lalu beliau,Kamal Saidin dan Yb Lunas menggunakan dewan ini untuk berceramah politik.

Beliau tidak mungkin akan mendapatkan rawatan dari Pakar Saikiatri untuk penyakit beliau tetapi rakyat sudah tahu apa yang mereka lakukan pada PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment