
Ini adalah beberapa keping gambar surau dalam pembinaan di Blok C Taman Wira Mergong.
Pembinaanya adalah hasil dari pembiayaan orangramai dan tapak surau yang terletak ditanah lapang Blok C ini telah mendapat kelulusan dari MAIK setelah menerima permohonan dari MKK Taman tersebut.
Sebagai orang Islam sudah tentu kita akan bergembira dengan pembinaan surau ini kerana ia akan menjadi tempat untuk beribadat.

Sejahil mana sekalipun rasanya tiada orang Islam yang akan membantah pembinaan surau.
Tetapi berlainan pula dengan Wakil Rakyat Bakar Bata,Datuk Ahmad Bashah yang bukan sahaja tidak gembira dengan pembinaan surau ini tetapi telah menyebut bahawa 'mereka telah menceroboh' kawasan kita.
Pemikiran politik beliau terlalu sempit.Beliau mahu mempolitikan pembinaan surau yang terletak dibawah bidang kuasa MAIK yang seterusnya bernaung dibawah KDYMM Tuaku Sultan Kedah DA. Adakah beliau akan engkar dan derhaka kepada KDYMM Tuaku Sultan sekali lagi.
Isu beliau derhaka kepada KDYMM Tuaku Sultan kerana menghasut imam-imam supaya jangan mengisi borang M4 belum lagi reda.
Kini timbul pula masaalah surau ini.
Sudah lah Datuk Bashah.Berubah lah.Pemikiran politik sempit yang Datuk bawakan ini sudah tidak relevan lagi.
Pemikiran politik Datuk sudah ketinggalan 20 tahun kebelakang.
Pemikiran politik rakyat sudah mendahului Datuk yang akan dibuktikan nanti dalam PRU 13.
No comments:
Post a Comment